Kante wira Perancis atasi Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Lisbon: N’Golo Kante menjaringkan gol keduanya dalam saingan antarabangsa ketika juara dunia, Perancis menewaskan juara Eropah, Portugal 1-0 di Lisbon bagi menempah tiket ke pusingan akhir Liga Negara-Negara.

Pemain tengah Chelsea itu pantas bertindak menyambar bola ditepis penjaga gol lawan pada minit ke-54 seterusnya membawa Perancis ke tangga teratas Kumpulan 3 menjelang perlawanan terakhir kumpulan.

Perancis mendahului Portugal dengan tiga mata menjelang saingan awal pagi Rabu ini berdepan Sweden di Paris namun sudah mengesahkan tempat berdasarkan rekod pertemuan yang memihak mereka.

Skuad kendalian Didier Deschamps menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada Oktober tahun depan.

Untuk rekod, Portugal menang kejuaraan sulung di laman sendiri pada tahun 2019.

Sumber:  BH

Akmal Hakim
Sports Desk