Kasari penguat kuasa MPM: 2 beranak direman dua hari

Kasari penguat kuasa MPM: 2 beranak direman dua hari

am@hmetro.com.my

Muar: Polis membuka dua kertas siasatan terhadap dua beranak yang disyaki mengasari anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) ketika menjalankan operasi menangkap anjing liar di Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kedua beranak berusia 24 dan 52 tahun disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awan dan Seksyen 353 kanun sama, menggunakan kekerasan jenayah.

Menurut Raiz Mukhliz, dua beranak itu juga direman di Mahkamah Majistret Muar selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 5.45 pagi kelmarin ketika anggota MPM menjalankan operasi bersepadu menangkap anjing liar di kawasan berkenaan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top