Morioka (Jepun): Satu kebakaran hutan besar di Otsuchi, Wilayah Iwate, diisytiharkan berjaya dipadamkan pada Jumaat, 38 hari selepas ia tercetus pada 22 April, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Kyodo News.
Kebakaran itu memusnahkan 1,633 hektar kawasan hutan, menjadikannya kebakaran hutan kedua terbesar di Jepun sejak akhir 1980-an selepas kebakaran di Ofunato, yang juga terletak di Wilayah Iwate, tahun lalu.
Lapan bangunan termasuk rumah musnah dalam kebakaran itu.
Kerajaan Jepun pada Jumaat turut mengisytiharkan kebakaran itu sebagai bencana serius setempat, sekali gus membolehkan bantuan kewangan kerajaan disalurkan bagi projek pemulihan kawasan hutan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




