Kebakaran kedua dalam tempoh seminggu

Kebakaran kedua dalam tempoh seminggu

bhnews@bh.com.my

YAN: Pelajar di pondok Maahad Assyatirie, Dulang Besar sekali lagi menempuh detik cemas apabila berlaku kebakaran kedua hari ini hanya dalam tempoh seminggu. Kali ini, ia membabitkan kebakaran dua almari pakaian namun dapat dipadamkan pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada jam 1.21 tengah hari tadi.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu dan setakat ini punca serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 22 Januari lalu, 15 pelajar terselamat selepas asrama pondok itu musnah dalam kebakaran.

Ketika kejadian sekitar jam 6.25 petang, semua pelajar terbabit aktiviti luar dan menyedari asap tebal di bahagian atas sebelah kiri asrama pelajar berkenaan.

Bahagian atas pondok itu dijadikan sebagai asrama pelajar manakala tingkat bawah pula dijadikan surau.

Kebakaran turut berlaku di asrama Maahad Assyatirie induk di Kampung Sungai Dedap, selang sehari kemudian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top