Kedudukan PN ditentukan minggu ini – Annuar Musa

Kedudukan PN ditentukan minggu ini – Annuar Musa
Kedudukan PN ditentukan minggu ini – Annuar Musa

Annuar Musa

SHAH ALAM – Pas memutuskan untuk memberhentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi kebaikan bersama, setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan hubungan tersebut gagal membuahkan hasil.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, keputusan drastik itu setakat ini hanya melibatkan hubungan muafakat antara kedua-dua parti berkenaan secara khusus, dan sama sekali tidak melibatkan status Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, kedudukan masa depan gabungan PN akan dibincangkan bersama oleh parti-parti komponen yang lain, khususnya Pas, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), dan Parti Kesejahteraan India Malaysia (MIPP).

“Perbincangan mengenai perkara ini (kedudukan PN) akan dilakukan dalam minggu ini juga,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Annuar berkata, Pas kekal komited kepada agenda politik kerjasama pelbagai kaum serta pendekatan politik matang dan sejahtera.

Beliau turut menzahirkan penghargaan Pas terhadap sikap positif yang ditunjukkan oleh Gerakan dan MIPP dalam konteks gabungan PN, sambil menyifatkan kedua-dua parti tersebut mempunyai peranan besar yang boleh dimainkan dalam landskap politik negara.

Mengulas lanjut mengenai langkah ke hadapan gabungan itu, Annuar menegaskan bahawa Pas akan memastikan sebarang tindakan susulan dalam PN wajib bersandarkan kepada Perlembagaan PN.

Tegasnya, keputusan tidak boleh dibuat berdasarkan sikap merasakan diri lebih unggul oleh mana-mana individu atau mana-mana satu parti secara bersendirian.

Sehubungan itu, satu majlis musyawarah yang melibatkan pimpinan Pas, Gerakan, dan MIPP telah pun diatur untuk disegerakan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-merta

Pas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu

‘Tenang, sabar dulu’ – Razali

Tun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju – Ahmad Fadhli

 

 

Mesti Baca

Scroll to Top