Kelab Peminat Jawab Dakwaan Sophia Albarakbah ‘Get Back’ Dengan Aliff Aziz

Kelab Peminat Jawab Dakwaan Sophia Albarakbah ‘Get Back’ Dengan Aliff Aziz

Oh! Artis

Kelab peminat berkata Sophia Albarakbah sedang sibuk dengan urusan kerja.


Nama pelakon Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah kembali hangat diperkatakan selepas tular satu dakwaan yang mengaitkan mereka berdua di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Seorang individu mendakwa ternampak mereka sedang minum kopi bersama di airport lounge, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Kelab peminat tampil nafikan dakwaan

Tidak berdiam diri, kelab peminat Sophia tampil memberikan respon tegas bagi menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan cerita tidak sahih.

Sophia Albarakbah

Dalam masa sama, mereka turut mempersoalkan dakwaan tersebut dan meminta bukti dikemukakan oleh pihak yang membuat tuduhan.

Mana bukti? Tunjuk lah. Dr awal tahun Sophia tu busy, ramadan berniaga sampai lepas raya busy masuk shooting.

Jawapan yang ringkas tetapi ‘berisi’ itu mendapat sokongan netizen yang menyifatkan tindakan kelab peminat tersebut sebagai wajar dalam menangkis fitnah.

Dakwaan tanpa bukti terus jadi persoalan

Sophia Albarakbah

Walaupun ada segelintir netizen cuba menguatkan cerita tersebut, namun tiada bukti kukuh dikongsikan sehingga kini.

Sophia Albarakbah

Kelab peminat itu juga menjelaskan bahawa Sophia kini sedang sibuk dengan jadual penggambaran di Kuala Lumpur, sekali gus menafikan kemungkinan dia berada di Singapura seperti didakwa.

Sehingga kini, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu berkenaan.

Pssttt! Dalam era media sosial, apa sahaja boleh jadi viral walaupun tanpa bukti. Lebih baik kita berhati-hati sebelum mempercayai atau menyebarkan sesuatu yang belum sahih kerana ia boleh memberi kesan kepada reputasi individu.

Kredit: Thread sophiaalbarakbah.fc
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top