KOTA BHARU: Kelantan memerlukan 60 buah Loji Rawatan Air (LRA) untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah bekalan air bersih yang ‘menghantui’ penduduk negeri ini lebih tiga dekad lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, sebanyak 43 LRA yang sedang beroperasi ketika ini masih belum mencukupi untuk menampung keperluan pengguna.
Katanya, susulan itu kerajaan negeri sedang melaksanakan 17 projek LRA yang dirancang sejak 2023 bagi meningkatkan kapasiti bekalan di seluruh negeri.
“Kemudahan (LRA) yang kita ada ketika ini hanya mampu menghasilkan 529 juta liter air sehari. Apabila semua kemudahan itu bekalan air bersih akan meningkat kepada 884 juta liter sehari.
“Ia sekali gus menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini. Hal ini kerana keperluan rakyat ketika itu sekitar 600 juta liter sehari sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Status Semasa Bekalan Air di Negeri Kelantan di sini hari ini.
Dr. Izani memberitahu, setakat ini bekalan air di jajahan Jeli dan Gua Musang berada dalam keadaan.
Dalam perkembangan lain, Dr. Izani berkata, pihaknya akan memperhebatkan lagi usaha mengesan kebocoran paip dan melakukan kerja-kerja pembaikan dengan kadar segara dalam usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) di negeri ini.
Katanya, kerja-kerja penukaran paip asbestos cement turut diberikan tumpuan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
“Sekatat ini kita berjaya kurangkan sebanyak 1 peratus dalam tempoh dua bulan dari 55 peratus kepada 54 peratus.
“Kita akan terus memberikan tumpuan bagi memastikan masalah ini berjaya dikurangkan,” ujarnya.-UTUSAN




