
Malaysia menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah bagi skuad bola sepak kebangsaan Palestin dalam mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada November depan.
MALAYSIA menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah bagi skuad bola sepak kebangsaan Palestin dalam mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada November depan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli mengumumkan perkembangan terkini itu dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman media sosial X pada Khamis.
“Kami telah menghubungi pihak Kedutaan Palestin pada petang tadi.
“Kami telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah untuk perlawanan membabitkan Palestin menentang Australia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras bulan depan,” tulis Adam.



