khairil.ashraf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jumlah kemasukan pelancong dari Asia Barat menyaksikan penurunan, susulan konflik di Timur Tengah.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, bagaimanapun pelancong dari negara lain termasuk Eropah meningkat, sekali gus tidak menjejaskan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Cuma pelancong dari Timur Tengah ada pengurangan sedikit, tetapi dari negara Asia lain, naik sama seperti negara Eropah.
“Kita pun faham keadaannya begitu (akibat peperangan) menyebabkan pengurangan (kedatangan pelancong dari Timur Tengah),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Rain Rave Water Music Festival 2026 di ibu negara, malam ini.
Mengulas lanjut, Tiong memberi jaminan program yang dilaksana bagi menarik pelancong adalah secara bersasar dan dipastikan tiada pembaziran wang rakyat.
“Kalau kita tidak buat program, pelancong tak datang (ke negara kita). Golongan B40 pun tidak dapat berniaga dan bagaimana mahu meningkatkan ekonomi kita,” katanya.
Katanya, MOTAC akan cuba untuk melakukan penjimatan susulan krisis bekalan global dalam setiap program anjurannya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




