Kenali Tiga Jenis Coklat

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Lifestyle: Mari kenali tiga jenis coklat utama:

1) Coklat Gelap
Coklat gelap atau dalam bahasa inggerisnya, dark chocolate hanyalah likuor coklat, mentega koko tambahan, gula, pengemulsi (biasanya lesitin) dan vanila atau perasa lain. Dark chocolate mungkin mengandungi lemak susu untuk melembutkan tekstur tetapi ia umumnya tidak mempunyai rasa susu. Dark chocolate juga dikenali sebagai coklat semi-manis. Jika coklat tanpa pemanis atau coklat masak, ia adalah 100% likuor coklat dan biasanya sangat pahit dan astringen. Sebagai perbandingan, dark chocolate sering mempunyai peratusan koko yang lebih tinggi yang bermaksud ia mempunyai biji koko lebih tinggi di dalamnya daripada chocolate lain.

2) Coklat Susu
Semuanya sama seperti coklat gelap tetapi ditambah dengan pepejal susu. Coklat susu (milk chocolate) manis dan berkrim, biasanya tidak diperbuat dengan susu sejuk dan berbuih. Ia selalunya diperbuat dengan pepejal susu kering yang kelihatan seperti susu tepung. Untuk pengetahuan, coklat susu memgandungi sekurang-kurangnya 10% likuor koko mengikut berat dan sekurang-kurangnya 12% pepejal susu. Ia sememangya adalah jenis coklat makan yang paling biasa.

3) Coklat Putih
White chocolate mempunyai mentega koko (milk chocolate tolak pepejal koko). Selain mentega koko, ia juga mengandungi gula, pepejal susu, lesitin, vanila serta mungkin perasa lain. Teorinya, coklat putih sekurang-kurangnya mempunyai 20% mentega koko, 14% susu pepejal dan tidak lebih daripada 55% gula.

Sumber: Sinar Plus

Akmal Hakim
Lifestyle Desk