Sudah menjadi trend masa kini apabila ramai bakal ibu bapa melakukan majlis gender reveal sebagai satu kejutan buat semua. Biasanya, pasangan suami isteri yang akan menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga akan mengadakan sambutan berkenaan bagi mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan kepada umum.
Untuk memeriahkan lagi majlis tersebut, pastinya ‘mastermind’ akan menyediakan pelbagai gimik untuk mendedahkan jantina bayi agar suasana bertambah ceria.
Momen memotong kek juga sudah menjadi kemestian dan ramai yang tidak kisah berhabis untuk majlis ini asalkan dapat bergembira bersama ahli keluarga dan teman-teman.
Namun, berbeza dengan situasi yang dilalui usahawan Oden Viral Cekyana apabila majlis gender reveal yang berlangsung telah ‘dirosakkan’ dengan rupa bentuk kek yang ditempah dengan harga RM10,ooo terlihat buruk dan tidak sama dengan design asal.
@cekyanaofficial 😔😔kecewa mcmni korg tgk live ckyna
Tak hanya itu, kondisi kek sewaktu dipotong juga seakan rapuh dan potongannya terlihat sangat tidak cantik. Cekyana merasakan kek tiga tingkat yang ditempah itu sangat membazir kerana tidak sama seperti yang diharapkan kerana sudah melabur RM10,000.
@cekyanaofficial so frust 😭 .. inshaaAllah ckyna doakan smga mncurah curah rezeki 😊🤲🏻 .. Tahniah yang teka btl jantina baby #fyp #fypmalaysia
Walau bagaimanapun, usahawan tersebut tetap bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan dan menganggap apa yang terjadi bukan rezeki untuk mereka.
Cekyana sempat memuat naik perkongsian memberi penghargaan buat sahabatnya iaitu Cik Zaza serta staf-staf yang gigih berusaha untuk majlis gender reveal.
Menjengah ke ruangan komen TikTok, rata-rata warganet juga merasakan yang harga kek tiga tingkat yang ditempah oleh Cekyana tidak berbaloi dan merasakan yang usahawan itu seolah-olah sudah ditipu oleh peniaga.
Selepas video tersebut tular dan mendapat pelbagai respon dari warganet, usahawan Oden Viral Cekyana ini menjelaskan yang dia memang sudah lama mengidam untuk makan kek namun tidak dapat meneruskan ‘hasratnya’ kerana mengalami alahan.
Namun dia redha dan menganggap ia bukan rezekinya lagi. Selain dari mengidam kek tiga tingkat, Cekyana turut mengakui pernah mengidam kereta mewah dan telah memberitahu suami yang dia inginkan kereta GTR sewaktu kehamilan kali ini.




