Keputusan berat untuk diterima – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Johor: TMJ dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh laman rasmi Johor Southern Tiger semalam menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah keputusan yang berat untuk diterima namun lebih memberikan keutamaan kepada kesihatan, keselamatan dan masa depan.

Walaupun tindakan membatalkan kejohanan Piala Malaysia dan tidak membenarkan JDT untuk bertanding di Liga Juara-Juara AFC adalah satu keputusan yang berat untuk diterima, saya yakin kerajaan telah melakukannya demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia termasuk keluarga-keluarga semua pihak terbabit kerana kes-kes COVID-19 semakin meningkat dan situasi ini akan menjejaskan kelangsungan hidup jika berterusan.

“Sesiapa sahaja tidak terlepas daripada ancaman COVID-19. Sebagai contoh, pemain bintang Liverpool, Mohamed Salah juga telah disahkan positif apabila tiba untuk perlawanan antarabangsa walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom. Ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan kita tidak boleh mengambil sebarang risiko”, katanya.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sudahpun menyatakan kekecewaan kelab kerana musim 2020 berakhir begitu sahaja tetapi akur dengan keputusan kerajaan dan memahami bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia adalah penting demi masa hadapan negara.

Sumber: Sport Malaya

Akmal Hakim
Sports Desk