PM menghadiri hari penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-37

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: YAB Perdana Menteri tiba di Hotel Hilton pagi ini bagi menghadiri hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 di mana beliau akan menyampaikan ucapan intervensi pada Sidang Kemuncak ASEAN-UN ke-11.
Beliau dijangka akan menyentuh beberapa isu dalam ucapan intervensi beliau termasuk pendirian Malaysia terhadap isu Palestin dan krisis di Rakhine, serta ancaman keganasan dan senjata nuklear.
Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua kemenerian.
Perdana Menteri seterusnya dijadualkan untuk menyampaikan ucapan kepada pemimpin-pemimpin negara yang terlibat di dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sebelum menyaksikan upacara pemeteraian perjanjian tersebut.
Sidang kemuncak ASEAN ke-37 itu dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc yang juga merupakan Pengerusi ASEAN 2020.
Vietnam sebagai tuan rumah bagi Persidangan tahun ini mengadakan sidang secara maya berikutan penularan pandemik COVID-19.

Malay News
National Desk