Keputusan darurat PRK akan dibincangkan MKN dan KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Security Minister Malaysia

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada darurat atau tidak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah dan Parlimen Gerik, Perak akan dibincangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM berperanan menilai risiko COVID-19 di kawasan terlibat sebelum sebarang pengumuman dibuat berkaitan perkara tersebut.

“Keputusan darurat untuk PRK ini akan diserahkan kepada pihak berkaitan dalam perbincangan mereka yang seterusnya dan kerajaan tidak campur tangan.

“Darurat itu hanya untuk menangguhkan pilihan raya bagi mengelakkan penularan wabak.

“Apabila kita isytiharkan darurat di Batu Sapi, tak bermakna seluruh Batu Sapi dikawal tentera atau perintah berkurung. Sebaliknya, kehidupan dan perniagaan berjalan seperti biasa.

“Justeru untuk DUN Bugaya dan Parlimen Gerik kita harap KKM akan membuat penilaian risiko dan berbincang dengan SPR mengenai sebarang keperluan berkaitan,” katanya pada sidang media hari ini.

 

ZA137 Malay News

National Desk