Kerajaan bayangan Myanmar bergabung dengan pemberontak untuk musnahkan junta

Kerajaan bayangan Myanmar bergabung dengan pemberontak untuk musnahkan junta

BANGKOK: Kerajaan bayangan Myanmar yang mahu mengambil kembali pemerintahan yang dirampas secara paksa pada 1 Februari lalu, bergabung dengan kumpulan pemberontak untuk ‘merobohkan’ peraturan junta, kata satu kenyataan hari ini.

Myanmar yang bergolak sejak pimpinan tentera menjatuhkan Aung San Suu Kyi dan kerajaan Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD), yang melancarkan tindakan keras terhadap tentangan pendapat.

Sekumpulan penggubal undang-undang yang digulingkan kemudian membentuk bayangan ‘Kerajaan Perpaduan Nasional’ yang berusaha untuk membawa pembangkang antitentera bersama-sama dengan pejuang pemberontak etnik Myanmar bagi membentuk tentera persekutuan untuk menentang junta.

Semalam, pemberontak Chin National Front menandatangani perjanjian untuk ‘menghancurkan prinsip diktator dan melaksanakan sistem demokrasi persekutuan’ di Myanmar, kata NUG dalam satu kenyataan.

Mereka berikrar untuk ‘saling mengiktiraf’ dan ‘sama-sama bekerjasama’ tambah kenyataan itu lagi, tanpa memberikan keterangan lebih lanjut.

Jurucakap CNF tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Kumpulan itu yang mewakili etnik minoriti Chin Chin terutama di barat Myanmar menandatangani gencatan senjata dengan tentera negara itu, yang juga dikenali sebagai Tatmadaw, pada 2015.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan pejuangnya semakin berkurangan.

“CNF tidak memiliki kekuatan ketenteraan yang sebenarnya, jadi langkah ini adalah simbolik.

“Bagaimanapun yang penting CNF cukup menonjol dalam proses perdamaian, kerana pemimpin politiknya yang dihormati dalam pengasingan,” kata penasihat kanan Myanmar untuk International Crisis Group, Richard Horsey kepada AFP.

Beberapa kumpulan bersenjata pemberontak Myanmar mengecam pimpinan tentera dan penggunaan kekerasan terhadap orang awam yang tidak bersenjata.

Ada juga yang memberikan perlindungan serta memberikan latihan kepada pembangkang yang melarikan diri ke wilayah mereka.

Jumaat lalu, NUG menyiarkan video yang menonjolkan kumpulan pertama pejuang ‘Pasukan Pertahanan Masyarakat’ yang dibentuk untuk melindungi orang awam, selesai menjalani latihan.

Sekitar 100 orang direkrut sedang berkawad di tanah rata berhampiran hutan tanpa seorangpun membawa senjata sambil meluangkan biarkan semua orang Myanmar bebas dari cengkaman tentera.

Lebih 800 orang terbunuh oleh tentera, menurut kumpulan pemantauan tempatan, yang dikatakan lebih rendah daripada jumlah sebenar. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top