Kerana Cinta Itu Dusta merupakan drama bersiri Melayu 2026 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Samarinda. Drama ini mengangkat tema pengkhianatan perkahwinan, konflik sahabat baik dan tekanan media sosial dalam dunia influencer moden.
Menerusi jalan cerita yang padat dengan emosi dan menyentuh perasaan serta dibarisi pelakon-pelakon popular yang berjaya menghidupkan setiap watak dengan penuh berkesan tidak hairanlah jika drama ini meraih perhatian penonton Malaysia.
Sinopsis Kerana Cinta Itu Dusta
Mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Orked dan Sufian, yang membina perniagaan dari rumah sehingga menjadi influencer terkenal. Namun, apabila nama Orked semakin meningkat, Sufian mula berasa tercabar dan tersisih.
Tanpa pengetahuan Orked, Sufian menjalinkan hubungan sulit dengan Seri iaitu sahabat baik isterinya sendiri. Pengkhianatan tersebut akhirnya terbongkar dan membawa kepada perceraian, perebutan anak, aset serta jenama perniagaan mereka.
Segala konflik menjadi perdebatan umum di media sosial. Namun bagi Orked, luka sebenar bukan sekadar kehilangan suami, tetapi dikhianati oleh orang yang paling dipercayai.
Senarai Pelakon Kerana Cinta Itu Dusta
Antara pelakon utama drama ini ialah:
- Jazmy Juma
- Emma Maembong
- Azira Shafinaz
- Nazrief Nazri
Gandingan pelakon ini menjadikan drama ‘Kerana Cinta Itu Dusta’ antara naskhah yang dinanti-nantikan dalam slot Samarinda TV3.

Info Mengenai Drama
- Saluran: TV3
- Tarikh Tayangan: 25 Februari 2026
- Hari Siaran: Isnin – Jumaat
- Waktu: 10.00 malam
- Jumlah Episod: 30 episod
- Durasi: 60 minit setiap episod
Di Mana Nak Tonton Kerana Cinta Itu Dusta?
Untuk pengetahuan penonton:
Drama ini boleh ditonton secara siaran langsung (live) di TV3 .
Jadi, pastikan anda tidak terlepas waktu siaran Kerana Cinta Itu Dusta, setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.00 malam.




