Kereta dipandu hampir tenggelam, warga emas bertampal koyok ditemui kebingungan

Kereta dipandu hampir tenggelam, warga emas bertampal koyok ditemui kebingungan

Seorang warga emas ditemui kebingunan di dalam kereta dipandu hampir tenggelam sewaktu diselamatkan seorang lelaki.

Menerusi perkongsian dari Facebook Muhd Sufi, seorang lelaki telah meredah kawasan dinaiki untuk melihat keadaan kereta yang hampir tenggelam sehingga mendapat pemandunya terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Warga emas lelaki yang berpakaian lengkap itu seakan kebingungan sewaktu diselamatkan dan dibawa keluar dari kawasan yang dinaiki air itu.

Kereta dipandu hampir tenggelam

Artikel lain: Penolong Pegawai Perubatan layak dipuji, hampir 12 jam pantau pemandu treler tersepit

Warga emas yang kereta dipandu hampir tenggelam dibawa ke balai polis

Individu yang tampil memberikan bantuan telah membawa warga emas terbabit ke balai polis sebelum dilihat sudah kembali semula dengan keluarga.

Kereta dipandu hampir tenggelam

Terima kasih individu yang membantu

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu kerana segera menyelamatkan warga emas terbabit.

Semoga pak cik diberi kesihatan yang baik

Ada yang pernah alami kisah hampir sama

Semoga pak cik berada dalam lindungan Allah

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 1 Disember lalu dan syukur warga emas terbabit berada dalam keadaan selamat serta sudah pun pulang ke pangkuan keluarga.

Sumber: Facebook Muhd Sufi

Scroll to Top