Siasatan SPRM berjalan dengan baik – Sharnaaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: Apabila ditanya adakah kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi kesan kepada perniagaan kedai minuman yang diusahakan, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35 menolak pertanyaan dengan baik bagi menghormati sidang temubual secara virtual drama terbaharu, Isteri Misteri pada hari Selasa lalu.

“Minta maaf, saya tak boleh komen apa-apa mengenai soal siasatan SPRM. Namun, apa yang boleh dikatakan, ia akan selesai secepat mungkin dan semuanya berjalan dengan baik, in sha Allah”, kata pelakon itu berhubung dakwaan dipanggil SPRM baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Jebat itu akan tampil dengan drama komedi baru terbitan Primeworks Studio dengan kerjasama platform Viu iaitu Isteri Misteri selama 10 episod yang akan bersiaran bermula 25 November ini.

Sharnaaz juga berkata bahawa dia tidak menjalani apa-apa penggambaran dan cuma menumpukan kepada perniagaan pada masa ini.

“Saya akan kembali ke lokasi penggambaran bulan depan kerana saya sedang fokus dengan perniagaan”, katanya.

“Lagipun, banyak penggambaran drama yang ditunda berikutan perlu ke luar Kuala Lumpur seperti Pulau Pinang, Perlis dan sebagainya. Saya tak nak sebab tak boleh berjauhan dengan anak. Jadi, saya terpaksa menolak tawaran”, tambahnya.

“Saya nak jumpa anak setiap hari, tak kira panas atau hujan”, kata ayah kepada Jebat Jayden Ahmad yang kini berumur 2 tahun itu.

Sumber: BH

Akmal Hakim
Glamour Desk