Khabib akan kembali?

London: Pengurus Khabib Nurmagomedov, Al Abdelaziz memberi bahawa bayangan jaguh UFC itu bakal membuat pusingan U dan kembali daripada persaraan untuk bertarung.

Bintang Russia itu sebelum ini mengumumkan persaraannya selepas menewaskan Justin Gaethje dalam pertarungan UFC 254 sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam 29 pertarungan.

Bagaimanapun, menerusi Twitter dengan satu mesej misteri, Abdelaziz memberi bayangan tugas Khabib sebagai bintang sensasi MMA masih belum tamat.

Dia secara ringkas menulis: “30-0”.

Bayangan itu hadir ketika seteru utama Khabib, Conor McGregor mengumumkan dia akan membuat kemunculan semula dalam pertarungan UFC menentang Dustin Poirier pada Januari depan.

Khabib menewaskan jaguh Ireland itu dalam pertarungan UFC 229 dua tahun lalu.

Sekiranya benar Khabib akan kembali membuat kemunculan, peminat pastinya mahu menyaksikan dia membuat perhitungan sekali lagi dengan McGregor.

Khabib memberitahu minggu lalu bahawa rakan rapatnya tidak senang dengan keputusannya untuk bersara pada 29-0, yang mana perlawanan ke-29 itu mendapat dorongan dengan kehilangan ayah merangkap pelatihnya, Adbulmanap.

Akmal Hakim
Sport Desk