Pepe mahu lebih minit perlawanan

London: Pemain sayap Arsenal, Nicolas Pepe mendedahkan bahawa dia memerlukan minit perlawanan yang lebih untuk memastikan dia gembira.

Pemain berusia 25 tahun itu tidak konsisten untuk berada dalam kesebelasan utama The Gunners sejak menyertai kelab itu dari Lille pada 2019.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, Pepe yang dibeli dengan yuran perpindahan £72 juta itu hanya sekali sahaja muncul dalam ke­sebelasan utama skuad kendalian Mikel Arteta manakala selebihnya hanya dimasukkan sebagai pemain gantian.

Walau bagaimanapun, dia beraksi dalam semua lima perlawanan Liga Europa dan Piala Liga Inggeris. Untuk statistik, Pepe menjaringkan 11 gol dalam 54 penampilan setakat ini.

Sumber: Kosmo

Akmal Hakim
Sport Desk