Khabib tak minat kembali bertarung dengan McGregor atau Poirier

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Russia: Pesara atlet MMA, Khabib Nurmagomedov mengadakan sidang media di Russia pada rabu bagi mengumumkan pelancaran promosi pertarungannya sendiri iaitu Kejuaraan Eagle Fighting.

Kemudian, beliau ditanya berkaitan kemungkinan akan kembali semula ke gelanggang oktagon bagi pertarungan lain.

Khabib dengan cepat menidakkan perlawanan ulangan menentang McGregor atau Poirier kerana telah menewaskan kedua-dua mereka dalam dua tahun terakhir.

Khabib mungkin bermotivasi untuk bertarung lagi namun potensi perlawanan semula menentang Conor McGregor atau Dustin Poirier tidak akan memikatnya untuk kembali.

Sebelum ini, presiden UFC iaitu Dana White ada mengatakan bahawa dia yakin Khabib akan kembali untuk sekurang-kurangnya satu lagi pertarungan.

White menamakan McGregor, Poirier, Tony Ferguson dan Michael Chandler sebagai lawan yang berpotensi untuk ditemui jika Khabib kembali.

Walaupun Khabib jelas tidak berminat dengan McGregor atau Poirier, dia belum menutup pintu untuk kembali.

Jadi, nampaknya UFC harus menarik perhatian Khabib dengan sesuatu yang lebih daripada duit untuk membawanya kembali dalam pertarungan lain.

Dalam masa terdekat, White ada merancang untuk bertemu Khabib di Abu Dhabi bagi membincangkan kebarangkalian perancangan untuk kepulangannya.

Akmal Hakim
Sports Desk