am@hmetro.com.my
Baca juga: PRU16 tanpa BN: Amanah mesti kotakan kata-kata – Aiman Athirah
Kuala Terengganu: Pemain pasukan SSMT E C Smurf, Muhammad Khairul Nizam Abd Wahab, 16, menyifatkan kejayaan meraih anugerah pemain terbaik posisi apit kiri sebagai satu pengalaman cukup bermakna dalam kejohanan Zon Timur Liga Takraw Nasional Mekdi yang disertainya.
Khairul Nizam berkata, ia menjadi pengiktirafan pertama diterimanya sepanjang bergiat dalam sukan sepak takraw.
Anak jati Kampung Telaga, Hulu Terengganu itu berkata, dia berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan sepanjang kejohanan, selain berjaya membantu pasukan mencipta kejayaan muncul juara.
Menurutnya, kejayaan itu lebih manis apabila dia turut diberi kepercayaan untuk menerima anugerah pemain terbaik apit kiri, sekali gus menyuntik semangat untuk terus meningkatkan prestasi.
“Saya sangat gembira dengan persembahan hari ini kerana dapat bermain dengan baik dan membantu pasukan.
“Ini juga kali pertama saya menerima anugerah pemain terbaik apit kiri. Sebelum ini saya tidak pernah mendapatnya dan Alhamdulillah, kali ini rezeki saya,” katanya.
Mengulas perlawanan akhir menentang SSMT E yang juga rakan satu sekolah, Khairul Nizam mengakui rentak permainan sedikit perlahan berikutan kedua-dua pasukan sudah saling mengenali.
© New Straits Times Press (M) Bhd