LATEST

Ismail Lasim tidak sihat, sedang terima rawatan di hospital

Ismail Lasim tidak sihat, sedang terima rawatan di hospital

Seremban: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dilaporkan tidak sihat dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital, di sini.

Baca juga: PRU16: Amanah minta pembahagian kerusi PH dimuktamadkan segera – Sany Hamzan

Perkara itu disahkan anak beliau Naim Ismail, ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Betul, (Ismail) tak sihat,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau Mohd Fasha Musthafa memaklumkan keadaan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, dilaporkan semakin pulih.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai serta meminta semua pihak mendoakan supaya Ismail segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news