LATEST
World News

Tiga maut, 36 hilang kebakaran kilang di Indonesia

Tiga maut, 36 hilang kebakaran kilang di Indonesia

SERANG – Sekurang-kurangnya tiga terkorban manakala 36 dilaporkan masih hilang dalam insiden kebakaran di sebuah kilang konfeksi di barat ibu kota Indonesia, menurut pihak berkuasa pada Ahad.Rakaman dron menunjukkan sebahagian besar struktur musnah dengan bumbung runtuh di beberapa bahagian dan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan tersebut.Ahli keluarga mangsa turut berkumpul di pintu masuk kilang, menunggu perkembangan kejadian itu.Menurut jurucakap agensi mencari dan menyelamat (Basarnas), Rizky Dwianto, Kilang Fonusa Agung Mulia yang terletak di daerah Serang, kira-kira 50 kilometer dari Jakarta dilaporkan terbakar pada petang Sabtu”Semua anggota pasukan gabungan sedang berusaha sedaya upaya untuk mengesan mangsa, namun keselamatan anggota di lapangan kekal menjadi keutamaan,” katanya.Sementara itu, Gabenor Banten, Andra Soni mengesahkan kira-kira 60 orang berada di dalam kilang ketika kebakaran berlaku. Pengeluar produk konfeksi itu menyatakan menerusi platform LinkedIn bahawa Fonusa Agung Mulia merupakan anak syarikat UNIFAM antara syarikat makanan pengguna utama di Indonesia.Agensi pengurusan bencana tempatan menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan punca kebakaran sedang disiasat. 

More in World News

View all

Latest news