LATEST

Verstappen takluk GP Las Vegas

Verstappen takluk GP Las Vegas

Las Vegas: Pelumba Red Bull, Max Verstappen menjuarai Grand Prix (GP) Las Vegas yang berlangsung penuh dramatik dengan persaingan sengit merebut kedudukan pendahu berterusan sepanjang perlumbaan.

Baca juga: 1.6 juta kenderaan Honda, Toyota berdepan risiko beg udara pecah

Kelompok 10 jentera di hadapan bersaing rapat sepanjang sebahagian besar perlumbaan, dengan kedudukan pendahulu silih berganti antara Verstappen dan dua pelumba Mercedes, George Russell serta Kimi Antonelli.

Namun, Verstappen kekal konsisten dan sentiasa dilihat selangkah di hadapan pencabarnya ketika berbincang dengan pasukan mengenai strategi penggunaan tenaga elektrik jentera.

Pada pusingan terakhir, cabaran Mercedes mula berkecai apabila Russell melakukan kesilapan sebelum terbabas ketika cuba memintas Antonelli.

Pelumba Itali itu pula kehilangan kedudukan kepada dua pelumba McLaren, Lando Norris dan Oscar Piastri ketika memasuki pusingan terakhir.

Juara dunia itu jatuh ke kedudukan kelima ketika memasuki laluan Strip pada pusingan terakhir, namun berjaya merampas semula kedudukan berkenaan daripada pelumba Alpine, Pierre Gasly di penghujung laluan lurus panjang.

Drama turut tercetus di kem Ferrari apabila Charles Leclerc dikenakan penalti 10 saat selepas menyebabkan Lewis Hamilton berpusing akibat perlanggaran.

Sebelum itu, Hamilton turut dikenakan penalti 10 saat kerana memintas Norris di luar litar ketika perebutan kedudukan yang turut membabitkan Leclerc.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news