Kim Swee sasar Sabah mara lebih jauh

Kim Swee sasar Sabah mara lebih jauh

Sabah meraih tiket ke separuh akhir zon ASEAN Piala AFC selepas menundukkan Hougang United dalam aksi di Stadium Jalan Besar.

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee meletakkan sasaran untuk mara sejauh yang boleh selepas berjaya meraih tiket ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC.

Menurutnya, kejayaan melepasi peringkat kumpulan adalah pencapaian yang bagus, namun ia belum cukup buat skuad The Rhinos tersebut.

“Sasaran pertama untuk melepas pusingan kumpulan dan kami kini berada di separuh akhir. Ia satu pencapaian yang bagus tetapi ia bukan pengakhiran kejohanan ini.

“Sudah tentu kami mahu mara lebih jauh dan kami ada banyak masa untuk melakukan persiapan untuk pusingan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.