KL City nafi tunggakan gaji pemain empat bulan

KL City nafi tunggakan gaji pemain empat bulan

KL City mengesahkan pemain mereka hanya tertunggak dua bulan gaji dan pihak pengurusan sedang cuba menyelesaikannya.

PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menafikan kononnya berlaku tunggakan gaji selama empat bulan dalam kalangan pemain Kuala Lumpur (KL) City FC seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad berkata, hanya gaji Ogos dan September yang belum dilunaskan buat pemain ‘The City Boys’ dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Berdasarkan kenyataan dikeluarkan baru-baru ini oleh sebuah akhbar tempatan yang menyatakan kami tidak membayar gaji pemain selama empat bulan, itu agak tersasar jauh daripada kebenaran.

“Kami tidak pernah lebih dua bulan tidak bayar gaji, (sekarang ini) Ogos dan September sahaja.