Isteri alami keguguran, namun suami Najwa Latif reda dan menerima kenyataan yang mereka masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata pertama.
Menerusi satu hantaran di Instagram, suami penyanyi itu iaitu Akwa Arifin telah memuat naik satu video memaparkan Najwa yang sedang berada di hospital.
Suami Najwa Latif reda belum ada rezeki
Instagram will load in the frontend.
Video tersebut memaparkan beberapa klip Najwa sedang menerima konsultasi dengan seorang doktor diikuti klip penyanyi itu sedang menangis sambil berbaring di atas katil hospital.
Dalam pada itu, Akwa turut berkongsi beberapa klip lain memaparkan Najwa yang menahan kesakitan sambil berbaring di atas katil hospital disamping turut berkongsi klip penyanyi itu yang bergerak hanya menggunakan kerusi roda.

Walaupun baru sahaja mengalami keguguran, Najwa kelihatan pasrah dengan dugaan tersebut dan masih mampu memegang pen dan dipercayai sedang mengisi borang.
Namun begitu, jelas kelihatan raut wajah penyanyi berusia 29 tahu itu bahawa dia amat terkesan dengan kehilangan tersebut dan sedang menahan sebak sambil mengisi borang berkenaan.
Suami Najwa Latif kongsi video isteri sakit keguguran, reda kehilangan anak sulung

Sementara itu, Akwa turut berkongsi beberapa video memaparkan Najwa sedang memeluk keluarganya termasuk anak buahnya yang masih kecil sambil menahan sebak.
Lagu berjudul Aku Tak Mahu Kehilanganmu nyanyian Akwa yang dimainkan pada video berkenaan membawakan maksud yang sangat mendalam buat Najwa.
Artikel lain: Najwa Latif alami keguguran, minta maaf tak dapat kongsi perkembangan
Ia memaparkan sokongan daripada Akwa kepada Najwa yang tidak berbelah bahagi selepas kehilangan cahaya mata pertama.
“Masih belum ada rezeki tapi mari kita simpan ini sebagai satu memori,” tulis Akwa ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan agar pasangan itu terus kuat menghadapi dugaan tersebut disamping memberikan kata-kata semangat.
Biasa lepas gugur mengandung baby yang lagi kuat

Stay strong Najwa dan Akwa, rezeki Allah luas

Ada rezeki lagi nanti, InsyaAllah

Suami Najwa Latif reda, semoga ada baby rainbow nanti

Sekadar info, Najwa dan Akwa telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor.
Sumber: Instagram akwaarifin




