KOPETRO Sertai Program CSR Gerakan Koperasi Bersama SKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpu: Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menyertai Program CSR Gerakan Koperasi Bersama SKM dan meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya telah menjalankan aktiviti kebajikan bertempat di Maahad Tahfiz Darul Furqan, Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh Datuk Umar Sarim bin Saidin, Naib Pengerusi Eksekutif, Suruhajaya Koperasi Malaysia.

Menurut Bendahari KOPETRO, Tuan Hj. Adam bin Keling, tujuan program kebajikan masyarakat ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara koperasi dan masyarakat termasuk anak-anak tahfiz.

“KOPETRO dan gerakan koperasi sangat mengambil berat akan kebajikan masyarakat, lebih-lebih lagi kepada anak-anak tahfiz ini. Mereka memerlukan kemudahan penginapan dan ruang pembelajaran yang selesa. Ini adalah salah satu cara kami menyumbangkan komitmen kami terhadap masyarakat dan juga beramal”, katanya.

Tambahnya lagi, KOPETRO akan berusaha menyalurkan lebih banyak bantuan kepada masyarakat yang memerlukan kerana tanpa masyarakat di luar, KOPETRO tidak mungkin mampu berdiri teguh sehingga ke hari ini.

Turut serta dalam menjayakan program CSR hari ini adalah Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA), Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KOOP Sahabat), Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP), Koperasi Tenaga Nasional Berhad, Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS), Koperasi Chef Malaysia Berhad (KO-CHEF) dan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS).

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah pembersihan dewan akademik Maahad, pembersihan surau tahfiz, mengecat semula dewan utama tahfiz dan penggantian karpet surau tahfiz.-Press release

Malay News
Business Desk