London: Sesetengah haiwan hidup lebih lama daripada manusia, namun istimewanya seekor kura-kura kerana hidup selama hampir dua abad.
Jonathan, kura-kura gergasi Seychelles dari St Helena, kini diiktiraf sebagai haiwan daratan tertua yang diketahui dan kura-kura tertua pernah direkodkan, lapor Rekod Dunia Guinness (GWR).
Difahamkan, Jonathan kini sudah berusia 194 tahun.
Haiwan itu menetas sekitar 1832 dan lebih tua daripada zaman Victoria, Jambatan Menara London dan Menara Eiffel Paris.
Kura-kura gergasi Seychelles, secara saintifiknya dikenali sebagai Aldabrachelys gigantea Hololissa.
Haiwan itu kini tinggal di St Helena iaitu pulau di Lautan Atlantik Selatan.
Walaupun sudah berusia doktor haiwan tempatan berkata Jonathan berada dalam keadaan baik dan masih mempunyai selera makan, namun hilang deria bau kerana faktor usia.
Pakar juga sedang mengkaji asid deoksiribonukleik (DNA) Jonathan kerana selnya tidak kelihatan bermutasi cara yang sama seperti sel manusia.
Mereka berharap penyelidikan itu dapat mendedahkan maklumat berguna, lapor GWR.
Bagaimanapun, Jonathan, yang dikenali sebagai ‘Jono’ oleh penduduk tempatan, terus menghabiskan hari-harinya dengan aman bersama tiga lagi kura-kura di taman kediaman Gabenor.
Ia gemar makan rumput dan berjemur di bawah cahaya matahari.
© New Straits Times Press (M) Bhd




