Kurung dalam 16 sangkar

Kurung dalam 16 sangkar

anbia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Simpan dan jual lebih 800 ekor spesies burung liar dilindungi secara haram dengan berselindung di sebalik rumah ibadat bukan Islam.

Itu tindakan pasangan suami isteri yang ditahan selepas dikesan menjual burung Ciak Tempua pada harga RM25 seekor.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan ditumpaskan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) diketuai Wildlife Crime Unit (WCU) Perhilitan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, pemeriksaan diketuai pegawai WCU Perhilitan Celescoriano Razond itu dilakukan di gerai terletak di kawasan rumah ibadat bukan Islam di Petaling Jaya jam 8.50 pagi, semalam.

“Seorang lelaki tempatan berusia 40-an dan isterinya berusia 50-an yang berada di lokasi ditahan serta disoal siasat.

“Pemeriksaan menemui 854 burung Ciak Tempua disenaraikan sebagai spesies haiwan dilindungi di negara ini.

“Turut dirampas 10 burung Ciak Tempua yang sudah mati. Semua burung dikurung dalam 16 sangkar besi pelbagai saiz,” katanya.

Kadir berkata, semua burung bernilai RM30,000 dirampas dan hantar ke Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai Tengi, Selangor, untuk tindakan lanjut,

“Suspek ditahan untuk siasatan sebelum dibebas dengan jaminan polis RM10,000 dengan seorang penjamin,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top