Oh! Tidak
Warga Malaysia ditahan selepas lebih 8.6 kilogram ganja dan 1.5 kilogram syabu ditemukan dalam sebuah kereta.
Cubaan seorang lelaki warga Malaysia membawa masuk dadah ke Singapura terbongkar selepas kenderaannya diperiksa di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada 1 Ogos selepas pegawai menemukan sebuah kotak mencurigakan di dalam but kereta yang dipandunya.
Pegawai Singapura temui banyak dadah terkawal

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura, kotak tersebut mengandungi dua blok bahan yang dipercayai dadah terkawal.
Penemuan itu kemudian membawa kepada pemeriksaan lanjut oleh pegawai Biro Narkotik Pusat terhadap suspek dan kenderaan terbabit.
Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) telah dimaklumkan dengan serta-merta mengenai penemuan itu dan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas lelaki berkenaan serta kenderaan terlibat, yang membawa kepada penemuan lebih banyak dadah terkawal di dalam but kereta.- Menurut kenyataan itu.
Nilai lebih S$361,000 atau RM1,151,590

Hasil pemeriksaan menyeluruh menemukan kira-kira 8,646 gram ganja dan 1,569 gram syabu. Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai lebih S$361,000 dan berpotensi menampung ketagihan sekitar 2,132 penagih selama seminggu.
Di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973, individu yang mengimport atau mengeksport lebih 250 gram methamphetamin atau lebih 500 gram ganja ke atau dari Singapura boleh dikenakan hukuman mati.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




