“Legend ni!” -Lama tak muncul, ramai tak sangka Reshmonu disebalik topeng periuk kera

“Legend ni!” -Lama tak muncul, ramai tak sangka Reshmonu disebalik topeng periuk kera

Program The Masked Singer Malaysia sememangnya antara program kendalian Astro yang mendapat perhatian ramai.

Sejak kebelakangan ini, para juri sudah mulai dapat meneka dengan betul siapa selebriti disebalik maskot-maskot yang menyanyi di atas pentas.

Semalam menyaksikan selebriti memakai maskot periuk kera telah tersingkir dan perlu mendedahkan identitinya.

Siapa sangka disebalik maskot tersebut adalah penyanyi senior iaitu Reshmonu yang popular dengan gaya rambutnya yang unik suatu ketika dahulu.

Dia yang membawakan lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud dendangan Dato’ M. Nasir telah berada di kedudukan terendah dan menyebabkannya tersingkir pada malam semalam.

Walau bagaimanapun, ramai sudah dapat meneka tentang identiti selebriti di sebalik topeng tersebut kerana berdasarkan petunjuk yang diberikan saban minggu, beberapa juri telah berjaya meneka dengan tepat selebriti terbabit.

Namun begitu, para penonton setia The Masked Singer Malaysia berasa gembira apabila dapat melihat kembali Reshmonu menyanyi di atas pentas.

Mereka juga memuji penampilan penyayi hebat itu kerana sentiasa memberikan persembahan terbaik saban minggu dan dapat mengubati kerinduan peminat yang menggemari karya-karyanya dahulu.

 

 

Sumber: Instagram officialhlive, reshmonu