Lelaki dan wanita ditahan buang mayat bayi di pekarangan masjid

Kuala Lumpur : Seorang lelaki tempatan dan wanita warga asing ditahan berikutan kes meninggalkan mayat seorang bayi berusia 4 bulan di pekarangan sebuah masjid di Sungai Way malam tadi.

Hasil maklumat awam dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di ruang hadapan masjid itu, polis menahan kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 26 tahun di sebuah bilik hotel di Jalan SS3/39 Petaling Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal, suspek suspek mengaku meninggalkan mayat bayi perempuan di hadapan masjid tersebut.

“Pihak polis telah menerima aduan daripada imam masjid berkenaan pada jam 8.45 malam, 22 November (Ahad) mengenai penemuan mayat bayi perempuan itu.

“Mayat bayi itu dibungkus di dalam beg plastik dan diletakkan di sebelah tayar kereta pengadu di hadapan masjid tersebut.

“Sehelai nota turut ditinggalkan memohon bantuan pihak masjid menguruskan mayat bayi berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, suspek kini direman empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 

 

ZA137 Malay News

National Desk