WWE: Undertaker bersara

London: Undertaker secara rasmi mengesahkan persaraannya daripada WWE selepas 30 tahun berkecimpung dengan penampilan terakhirnya di Survivor Series semalam.

Sejumlah bintang ternama WWE kini dan masa lalu memberikan penghargaan buat ikon gusti itu yang sebelum ini telah pun mengumumkan keinginannya untuk bersara pada bulan Jun lepas.

“Selama 30 tahun, saya telah berjalan perlahan ke gelanggang ini dan telah membuatkan lawan berehat berulang kali. Sekarang, masaku telah tiba. Masaku telah tiba untuk membiarkan The Undertaker berehat … dengan … tenang.”, kata Undertaker.

Undertaker bersara sebagai ikon terhebat WWE dan tiga dekadnya di gelanggang telah memberikan kenangan seumur hidup kepada peminat-peminat gusti.

Pada malam terakhirnya, Undertaker dilihat oleh legenda WWE termasuklah Triple H, Shawn Michaels, Kane, The Big Show, anggota Bone Street Krew dan sudah pasti, Vince McMahon.

Peminat Undertaker cukup terkesan dengan persaraan beliau apabila satu siaran hologram mengenai bekas seterunya, Bearer yang meninggal dunia pada 2013 muncul di skrin ketika pengumuman dilakukan.

“Sekiranya kamu tidak terasa atau menangis, ini bermakna kamu tidak menyukai gusti profesional”, tulis satu komen mengenai pengumuman dilakukan Undertaker itu.

Selepas ini, Undertaker dikatakan sudah merancang untuk menjalankan urusan perniagaan baju bersama legenda hip hop, Snoop Dogg.

Akmal Hakim
Sports Desk