Seremban: Perikatan Nasional (PN) hari ini melancarkan manifesto yang mengandungi enam teras bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Manifesto yang bertemakan ‘PN Sepakat Hebatkan Negeri Sembilan’ itu dilancarkan Pengerusi PN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Enam teras berkenaan ialah pentadbiran, diikuti belia dan keluarga sebagai teras kedua, sementara teras ketiga ialah ekonomi, manakala kebajikan sebagai teras keempat.
Selain itu, teras kelima pula ialah pendidikan, manakala pekerjaan sebagai teras keenam.
Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos.
© New Straits Times Press (M) Bhd




