LATEST

PRN Melaka: PH harap peratusan mengundi kekal tinggi – Adly

PRN Melaka: PH harap peratusan mengundi kekal tinggi – Adly

am@hmetro.com.my

Bukit Katil: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berharap peratusan keluar mengundi kekal tinggi sepanjang proses pengundian hari ini ditutup jam 6 petang.

Baca juga: Ismail Lasim ubah pendirian! Sokong Tuanku Muhriz, tarik balik surat kepada Majlis Raja-Raja

Beliau berkata, peratusan keluar mengundi beberapa saluran Pusat Daerah Mengundi (PDM) melepasi 30 peratus setakat tengah hari tadi.

“Pagi tadi saya melawat pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Palembang. Saya berterima kasih pengundi datang awal kalau kita lihat respon pusat pengundi kita dari jam 7.30 pagi pengundi dah beratur, amat baik sebahagian saluran mengundi cecah 30 peratus.

“Kita harap data peratusan SPR agak menarik, saya ucap terima kasih SPR kita boleh lihat secara online masa dan jumlah keluar mengundi. Ini agak baik memudahkan kesedaran masyarakat supaya keluar mengundi awal,” katanya selepas mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang di sini, hari ini.

Setakat ini, Adly berpuas hati dengan kaedah pengurusan pengundian di semua PDM di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kalau kita lihat pengurusan dan kaedah pengundian berjalan lancar semua pusat mengundi tiada masalah, sistem dibuat dengan baik.

“Cuma ada beberapa perkara kalau boleh kita elak dalam peraturan SPR, kadang-kadang ada bantahan tempat penyokong berkumpul di tempat had disediakan SPR,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news