Lelaki dicekup kerana aksi 'tak senonoh' depan pasar raya

Lelaki dicekup kerana aksi 'tak senonoh' depan pasar raya

farid_noh@bh.com.my

Kluang: Lelaki ditahan polis selepas rakaman video memaparkannya beronani di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Batu 4, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata, rakaman video itu tular di Facebook sejak semalam itu mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Susulan itu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki tempatan pada 4.22 petang semalam.

“Sehubungan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang bertindak menjalankan siasatan terhadap kejadian yang dipercayai berlaku kelmarin atau Rabu, kira-kira 4.16 petang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang berjaya mengesan dan menahan suspek di tepi Jalan Besar Mersing, di sini, kira-kira 5 petang hari sama,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Mengulas lanjut, Bahrin berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah.

Namun katanya, keputusan saringan awal air kencing terhadapnya adalah negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun,” katanya

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Kluang melalui talian 07-7784222, Hotline 07-7766822, Direct Line 07-7784256 atau Tablet DCC 014-3656822.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top