Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menjawab dakwaan apabila ada netizen mengatakan dia mahukan lelaki yang ‘poket tebal’ untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.
Memetik mStar Online, Daiyan berkata dia tidak memerlukan lelaki sedemikian serta berseloroh mengatakan dia sendiri ‘poket tebal’ dan wanita yang berdikari.
BACA: Nama Dipetik Jadi Isteri Keempat VVIP, Daiyan Trisha Hanya Ketawa
“Nak lelaki poket tebal? Pokey saya dah tebal dah, it’s okay. Strong indipendent women,” katanya.
Sementara itu apabila ditanya mengenai kriteria lelaki piliha, Daiyan berkata dia tidak memilih usia bakal suami namun mengakui sukakan lelaki yang kelakar.
“Berumur ke atau lagi muda ke Daiyan okay, saya tak memilih sangat dari segi itu. Daiyan suka orang yang kelakar,” katanya.
Bagaimanapun, Daiyan berkata dia memilih untuk tidak terburu-buru dalam soal cinta kerana fokus utamanya kini adalah terhadap kerjaya seni.
“Ramai je yang cuba nak berkenalan dengan saya, semua mesej dekat media sosial ajak keluar pun ada tapi saya selesa untuk berkawan dengan semua orang terutama sekali peminat.
“Tapi saya rasa tak perlu la cuba mendekati saya sebab buat masa ini fokus saya kepada karier saja… jadi risau kalau bertepuk sebelah tangan macam tak seronok pula,” katanya.
Sumber: mStar Online




