Lelaki pukul isteri hingga gugur rupanya individu dicari polis sejak 2021

Lelaki pukul isteri hingga gugur rupanya individu dicari polis sejak 2021

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Lelaki yang disyaki memukul isterinya yang juga penjawat awam sehingga mengalami keguguran Khamis lalu, pernah dicari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pada 2021.

Dalam kenyataan media pada 18 Mei 2021 itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru ketika itu sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Butiran saksi terbabit pada masa itu berusia 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga dengan alamat terakhir di Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar.

Dia dipercayai dikesan polis bagi menjadi saksi bagi kejadian mendatangkan cedera parah yang berlaku pada 2021 membabitkan seorang wanita.

Berdasarkan maklumat daripada keluarga wanita yang menjadi mangsa dipukul suami Khamis lalu, lelaki itu adalah individu sama terbabit dalam kes yang disiasat IPD Johor Bahru Selatan.

Selain itu, berdasarkan maklumat pada dokumen MyKad dan surat nikah pasangan terbabit yang dilihat ahli keluarga, mereka mendapati lelaki terbabit adalah orang sama dicari IPD Johor Bahru Selatan.

Dalam kejadian terkini, mangsa yang berusia 39 tahun dan bertugas sebagai jururawat patah di beberapa bahagian badan akibat dipukul lelaki berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top