Lelaki tak dapat tahan sebak lihat rumah & kereta musnah ‘dihentam’ banjir

Lelaki tak dapat tahan sebak lihat rumah & kereta musnah ‘dihentam’ banjir

Siapa yang tidak menangis melihat keadaan rumah seperti tongkang pecah apabila banjir yang melanda memusnahkan segala harta benda.

Selepas dirempuh arus banjir dan ditenggelami lumpur dalam beberapa hari, air yang awalnya separas bumbung rumah akhirnya surut juga.

Namun, keadaan pasca banjir lebih memedihkan apabila kemusnahan harta benda dapat dilihat didepan mata dengan kebanyakkannya sudah tidak dapat digunakan lagi.

Hal ini samalah dengan perkongsian seorang lelaki yang menggunakan nama @marinazailanen di aplikasi TikTok apabila memuat naik video keadaan kawasan perumahannya yang penuh dengan lumpur.

@marinazailanen

Allahu..moga dipermudahkan urusan semua mangsa banjir..sedihnya #banjir2021 #banjir

♬ original sound – Marina Zailanen – Marina Zailanen

Lebih memilukan kereta penduduk kawasan tersebut seperti baru kemalangan dan ada diataranya bertindih selepas hanyut dibawa banjir ketika air tinggi.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah suara lelaki tersebut ketika menunjukkan kerosakkan yang dialami apabila tiba-tiba bertukar sebak setelah melihat ke dalam rumahnya.

Keadaan rumah yang musnah dengan dipenuhi lumpur benar-benar menyedihkan kerana semua peralatan dalam rumah tunggang langgang.

 

 

Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang menzahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa pengguna TikTok itu.

Mereka juga sempat mendoakan agar lelaki berkenaan serta semua mangsa-mangsa banjir bertabah dan memberikan kata-kata semangat agar mereka semua terus bersabar dengan ujian daripada Allah S.W.T .

Sumber: TikTok @marinazalanen

Scroll to Top