Liga Super: Dua pasukan Kelantan dibelasah dalam satu malam

Liga Super: Dua pasukan Kelantan dibelasah dalam satu malam

Pemain Kuala Lumpur City, FC Romel Oswaldo Morales Ramirez diasak pemain Kelantan United FC, Abdul Latiff Suhaimi (kanan) pada perlawanan antara Kuala Lumpur City FC menentang Kelantan United FC dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras pada malam Ahad. – Foto Bernama

DUA pasukan dari Kelantan dibelasah lawan masing-masing dalam aksi Liga Super malam tadi.

Kelantan FC terus dirundung malang apabila tewas 1-6 kepada Kedah Darul Aman di Kota Bharu.

Selepas dibelasah Sabah 0-7 minggu lalu, sekali gus menjadi pasukan pertama dibolosi lebih 100 gol semusim dalam sejarah Liga Super, tiada sebarang petanda kebangkitan mampu ditunjukkan The Red Warriors.

Dengan penguasaan penuh Hijau Kuning dalam separuh masa pertama, Ifedayo Olusegun hanya memerlukan setengah jam untuk mencatatkan hatrik, termasuk menyempurnakan dua sepakan penalti, masing-masing pada minit keenam dan 26.

Scroll to Top