Lagenda rock tanah air, Datuk Amy Search mendedahkan pernah berdepan kejadian misteri dipercayai daripada perbuatan sihir sehingga menyebabkan dirinya takut untk membuat persembahan.
Memetik Harian Metro, Amy berkata dia melalui pengalaman itu sendiri malah timbul perasaan benci terhadap kerjayanya itu secara tiba-tiba.
BACA: Amy Search Tak Kejar Gelaran Raja Rock Negara, Ikhlas Berkarya
“Kalau orang hantar benda itu, ada lah. Manusia kan? Saya dah pernah lalui situasi tak selesa waktu beraksi atas pentas. Saya macam takutlah. Nak pergi show pun saya takut, macam tak suka.
“Mula-mula saya kena, pertama kali saya kena itu macam saya tak tahu nak menyanyi. Terdetik, aku ini macam mana? Nak menyanyi macam mana?”
“Benda ini mengambil masa lama. Saya sedar bila orang cakap dengan saya. Dia kata, “bukan kau.”. Kejadian ini terjadi beberapa tahun dulu, ” katanya.
Sementara itu, Amy berkata dia takut untuk naik ke pentas doktor yang merawatnya juga turut melihat perubahannya kerana apa yang dilaluinya itu bukan ‘stage fright’.
“Memang mereka nampak perubahan saya terutama bila di atas pentas. Nak pergi saja jadi takut. Itu bukan ‘stage fright’ (gugup pentas).
“Stage fright ini, kau mahu naik pentas, lain. Kau ‘eager’ (sangat bersemangat) bila kau nak keluar. Di situ ambil masa sekitar 15 minit untuk dapatkan posisi dan pastikan tiada masalah teknikal.
“Tapi ini, saya dah jadi ketakutan. Saya tak nak pergi lah. Saya macam…eh, aku tak nak pergi show. Aku tak tahu nak menyanyi. Aku tak tahu ‘pacing’ (tempo),” katanya.
Dalam pada itu, Amy berkata dia bertemu dengan seorang ustaz dan mengambil masa agak lama untuk kembali pulih.
“Ustaz mengambil masa yang lama jugalah untuk ubatkan saya, untuk dapatkan semula keyakinan saya. Orang tak tahu, tapi… macam itulah yang saya alami,” katanya.
Sumber: Harian Metro




