Mahkamah Austria batal undang-undang larang budak bertudung

Vienna: Mahkamah Austria telah membatalkan undang-undang yang melarang kanak-kanak sekolah rendah memakai hijab. Undang-undang itu dikatakan sengaja dibuat untuk orang Islam dan dianggap melanggar hak kebebasan beragama.

Ia diluluskan semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini. Mahkamah menegaskan undang-undang itu boleh menyebabkan diskriminasi terhadap orang Islam. Ia juga menolak pendapat kerajaan bahawa larangan itu bertujuan melindungi kanak-kanak perempuan Islam daripada tekanan sosial.

Sebaliknya, mahkamah menegaskan kerajaan perlu menyusun undang-undang untuk mencegah penindasan berdasarkan jantina atau agama. Undang-undang yang diperkenalkan pada tahun lalu itu melarang pelajar perempuan berusia kurang 10 tahun memakai tudung.- AWANI

Malay News
International Desk