Ada Sebab Beliau Tolak Tawaran Perak, Pulau Pinang, PJ City

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Perak: Keinginan untuk ‘terbang’ ke pentas Asia mendorong bekas pemain sayap UiTM FC, Muhamad Arif Mohamed Anwar memilih pasukan Terengganu FC dalam mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.Selain itu, ramai ‘ubi muda’ yang diberi peluang ber@ksi dalam skuad yang terkenal dengan gelaran Sang Penyu itu juga antara faktor pemain kelahiran Gombak, Selangor itu memilih skuad bimbingan Nafuzi Zain sebagai destinasinya.

Bagaimanapun, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan G0mbak 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 Shah Alam itu tidak mahu mendabik dada sebaliknya sedar persaingan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan tetap mencabar buat semua pemain.

Selain TFC, saya juga mendapat tawaran daripada Perak, Petaling Jaya City dan Pulau Pinang, tapi saya terpaksa men0lak secara baik kerana teringin untuk ber@ksi di pentas Piala AFC.
Tapi saya sedar perlu bekerja lebih keras lagi untuk mendapatkan tempat dalam pasukan lebih-lebih lagi skuad itu sudah pasti menyasarkan kedudukan lebih baik dalam saingan liga dan Piala AFC, katanya.

Berdasarkan pencapaiannya sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu yang memulakan kariernya bersama pasukan Har!mau Muda, Kuala Lumpur, PJ R@ngers sebelum ke UiTM berjaya membantu pasukan The City B0ys menjulang trofi Liga Perdana pada 2017.

Bekas pemain skuad bawah 23 Tahun kebangsaan itu juga berjaya membantu skuad The L!on Tro0ps layak ber@ksi di peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini yang juga kali pertama dalam sejarah pasukan itu.

sumber:BH

Malay News, Sports Desk