“Mak Bapak Tak Tegur Ke? Seksi Kalah Orang Kafir”

Pasti ramai tahu pelakon Azhar Sulaiman mempunyai seorang anak gadis iaitu Kasih Iris Leona yang sentiasa menjadi perhatian ramai di media sosial.

Jika sebelum ini pelakon Keluarga Iskandar itu menepuk dahi apabila anaknya itu mewarnakan rambut dengan rona jingga, kali ini Leona tampil dengan warna rambut merah jambu-jingga pula.

BACA: Anak Azhar Sulaiman Nyanyi Lagu Kelantan Buat Ramai Terhibur

Menerusi Twitter, Leona berkongsikan gambar terbarunya berposing dengan rambut baru. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah penampilannya yang terlalu seksi.

Rata-rata netizen menasihatkannya supaya menutup aurat. Kata netizen kecantikan tidak akan kekal selamanya kecuali iman dan taqwa.

Dalam pada itu, ada segelintir mempersoalkan sama ada ibu bapanya tidak menegur penampilannya itu serta menyifatkan cara pemakaian mengalahkan orang bukan Islam.

Sementara itu, ada yang menitipkan nasihat tidak salah untuk menegur tapi tidak perlu sampai menghina dan hanya doa yang baik-baik sahaja untuk mereka.