MANILA – Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam membina ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, sebagai antara negara pengasas ASEAN, Malaysia kekal komited dalam menentukan hala tuju rantau ini, memperkukuh kesepakatan serta memelihara keamanan dan kestabilan serantau.”Malaysia akan terus berdiri teguh sebagai rakan serantau yang komited dalam membina ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, serta memastikan suara dan kepentingan rantau ini terus dihormati di persada antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Ahad.Anwar berkongsi perkara itu selepas menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), di sini bersama-sama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Sidang kemuncak itu dipengerusikan oleh Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr selaku Pengerusi ASEAN. – Bernama
Malaysia akan terus main peranan aktif dalam ASEAN – Anwar
Malay News | https://www.malay.news/malaysia-akan-terus-main-peranan-aktif-dalam-asean-anwar/