LATEST

Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama strategik pelbagai sektor

Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama strategik pelbagai sektor

ISTANBUL – Malaysia dan Turkiye mengenal pasti peluang memperluas kerjasama dalam beberapa sektor strategik termasuk makanan dan minuman, semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), elektrik dan elektronik serta pertahanan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peluang tersebut diteroka menerusi lawatan kerja beliau ke negara itu yang berlangsung dari 5 hingga 8 November lalu.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, lawatan rasmi berkenaan membuka ruang kerjasama lebih luas terutamanya dalam sektor perdagangan dan pelaburan yang berpotensi memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.”Kerjasama ini juga merangkumi pembangunan wilayah dan bandar mampan, keusahawanan serta pemerkasaan ekonomi masyarakat luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah beliau, kedua-dua negara turut membincangkan usaha meningkatkan nilai perdagangan dua hala daripada AS$5.51 bilion pada 2025 kepada AS$10 bilion menjelang 2030.Ujarnya, perbincangan bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut merangkumi peluasan kerjasama dalam bidang pelaburan, pertahanan, pemindahan teknologi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri halal serta pengurusan bencana.”Dalam bidang pendidikan dan TVET, kerjasama kini bergerak kepada bidang yang lebih strategik termasuk program Doktor Falsafah (PhD) bersama, teknologi kuantum dan semikonduktor, selain program ijazah berkembar, pemindahan kredit dan penempatan tenaga akademik Turkiye di institusi Mara.”Seramai 17 pelajar tajaan Mara telah ditempatkan di Sabancı University, manakala kerjasama UniKL dengan Sabancı University dan Yıldız Technical University pula membuka ruang dalam bahan termaju, sains digital, tenaga, teknologi kitar semula, reka bentuk kapal dan kejuruteraan marin,” katanya.Bagi sektor pertahanan pula, beliau berkata, Malaysia dan Turkiye komited memperkukuh hubungan melalui usaha merealisasikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan.Jelasnya, nilai perolehan ketenteraan Malaysia dari Turkiye sejak 2000 dianggarkan berjumlah AS$3.4 bilion, sekali gus membuka ruang untuk meningkatkan kerjasama dalam pemindahan teknologi, latihan kepakaran dan pembangunan industri tempatan.”Dalam sektor halal, Malaysia dan Turkiye turut mengenal pasti ruang untuk memperkukuh ekosistem industri halal global. Kerjasama ini juga berpotensi diperluas melalui platform D-8, termasuk dalam kewangan Islam, farmaseutikal dan vaksin.”Selain itu, penyertaan saya dalam panel “Turkiye: From Regional Power to Multi-Regional Actor” di TRT World Forum turut memberikan ruang kepada Malaysia untuk menyampaikan perspektifnya di pentas antarabangsa serta memperkukuh jaringan dengan pemimpin dan pembuat dasar antarabangsa,” katanya.Tambahnya, Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai negara penyelaras hubungan ASEAN-Turkiye bagi memperluas kerjasama strategik antara kedua-dua rantau.Beliau dalam masa sama yakin momentum positif hasil lawatan berkenaan mampu memperkukuh hubungan Malaysia-Turkiye serta membuka lebih banyak peluang dalam bidang pelaburan, kepakaran, teknologi, pembangunan bakat dan keupayaan industri demi kemakmuran bersama. 

Latest news