Madrid: Sepanyol terpaksa melupakan khidmat dua pemain utama, Lamine Yamal dan Mikel Oyarzabal, bagi menghadapi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Republik Czech, Khamis ini.
Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) menerusi kenyataan pada Isnin.
Pemain sayap Barcelona, Yamal mengalami ketidakselesaan pada lutut kanannya selepas membantu pasukan itu menewaskan Atletico Madrid 2-1 dalam aksi La Liga, Ahad lalu.
Sementara itu, penyerang Real Sociedad, Oyarzabal pula masih dalam proses pemulihan selepas mengalami demam selesema.
Bagaimanapun, kedua-dua pemain dijangka menyertai kem latihan skuad kebangsaan dalam beberapa hari lagi bagi membolehkan mereka kembali cergas untuk menghadapi England di Stadium Metropolitano, Ahad ini.
Juara dunia Sepanyol yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir Liga Negara-Negara UEFA akan bertandang ke Republik Czech, Khamis ini sebelum melayan kunjungan England kendalian Thomas Tuchel di Madrid.
© New Straits Times Press (M) Bhd