LATEST

Mamat Exists gementar harungi pertunangan

Mamat Exists gementar harungi pertunangan

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Baca juga: Ab Rauf mahu manfaat hasil kajian tesis perkukuh inisiatif Kampung Digital

Kuala Lumpur: Penyanyi Mamat Exists menjelaskan seakan tidak percaya kembali bergelar tunangan orang selepas 17 tahun menduda.

Mamat atau nama sebenar Mohd Ali Kamarudin, 48, berkata, dia merasa agak gementar untuk melalui proses pertunangannya hari ini.

“Waktu dalam kereta, perasaan saya rasa lain. Tapi alhamdulillah bila dah sampai di rumah pihak perempuan, semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya dan keluarga disambut dengan baik semuanya dan perbincangan berjalan dengan baik. Maknanya tak ada apa-apa masalah dalam proses hari inj.

“Tambah pula keluarga kami pun dah saling kenal juga,” katanya kepada Harian Metro.

Mamat bertunang dengan Hariana Harani atau Yana, 41, ibu tunggal kepada empat anak yang tinggal di Kulai, Johor.

Mereka sudah berkenalan hampir setahun selepas dipertemukan oleh seorang rakan.

“Hubungan kami mula serius selepas lima bulan kenal. Saya tinggal di Kuala Lumpur dan dia pula Johor. Bila selalu berhubung, kami berkongsi pelbagai perkara.

“Setakat ini alhamdulillahlah tiada apa-apa perkara yang buat kita jadi susah hati. Kami tahu satu sama lain sebab dah kenal hati budi masing-masing.

“Saya beritahu dia tentang saya, dia pun beritahu diri dia macam mana. Maknanya masing-masing setuju dan boleh terima kelebihan dan kekurangan diri masing-masing,” katanya.

Mamat berkata, anak-anaknya juga menyambut baik hasratnya bertunang dan seterusnya berkahwin selepas ini.

“Syukur…semuanya menyokong. Untuk majlisnya pula, hal itu kita belum tentukan lagi. Kami baru bertunang. Samada kahwin tahun ini atau tahun depan bergantung pada jodoh.

“Majlis kami juga akan berlangsung mengikut adat nanti,” katanya.

Mamat kini kembali aktif bersama Exists dan pada 9 Januari tahun depan akan terbabit dalam Konsert Exists Pulang Live In Johor Bahru di

EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

Mamat pernah berkahwin dengan

Marshila Mustapa Kamal pada 2001 tetapi bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan dengan Marshila, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aleeya Mysara, 24, Mohd Eiki Daniell, 22, dan Dylea Mysara, 20.

Dia turut mempunyai seorang cucu perempuan berusia lima tahun hasil perkahwinan anak keduanya, Eiki Daniell.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news